KPDNKK

@mykpdnkk  Akaun rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan #kpdnkk #caringministry

30 minutes ago

"Nak masak ape harini ye?...nak masak pun kenalah rancang perbelanjaan barang dapur..betul tak?..haa ape lagi , Jom guna aplikasi mudah hanya di hujung jari anda!!..Dapatkan senarai paparan harga bagi 446 jenis barangan harian yang dapat membantu anda membuat pilihan harga yang munasabah dan dalam bajet poket anda!" Menerusi Aplikasi ini, pengguna dapat membuat PERBANDINGAN HARGA berdasarkan lokasi kedai atau pasaraya yang memberi nilai yang terbaik serta keselesaan sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli barangan keperluan harian. Muatturun Sekarang! #CaringMinistry #PenggunaBijak #BijakBerbelanja #KetahuiHakAnda #PaparanHarga

a day ago

Jom oghe Kelate... kito pakat gi shopping bare molek, hargo pon muroh. Gi slaluh lah. Jange dok tarok-tarok. Rego untuk arini jah tuh. Dapatkan harga istimewa bagi TIGA (3) barang keperluan harian mengikut pasar raya terpilih. Bukan ini sahaja, banyak lagi panduan harga barangan apabila anda gunakan aplikasi Paparan Harga dari kami. Muat turun sekarang! #CaringMinistry #PenggunaBijak

a day ago

Sebelum membeli mainan kanak-kanak, pengguna harus memastikan permainan kanak-kanak mempunyai label MC. Label MC merupakan "Conformity Mark" yang bermaksud alat mainan tersebut mematuhi standard keselamatan yang telah dikuatkuasakan oleh KPDNKK. #CaringMinistry #CM #ConformityMark #PermainanKanakKanak

a day ago

KPDNKK Cawangan Pontian merampas 17 salinan perisian komputer cetak rompak dan enam komputer dianggarkan bernilai RM203,000 dalam dua serbuan berasingan di sini, minggu lalu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (d) Akta Hak Cipta 1987 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali, #CaringMinistry #CetakRompak #BanterasCetakRompak #OpsPiracy #penggunabijak #ketahuihakanda #hentikanlanuncetakrompak #cetakrompakitumencuri

3 days ago

" WASPADA ye!...mencuri dan mengambil hak karya seni pihak lain , membuat salinan dalam kuantiti yang banyak dan menjualnya itu adalah aktiviti CETAK ROMPAK!!!. " Aktiviti cetak rompak satu kesalahan di bawah undang undang!!! #CaringMinistry #CetakRompak

3 days ago

Sebagai PENIAGA, kita perlu ada sikap JUJUR dan IKHLAS dalam melakukan jualan agar dapat memandu kita ke arah lebih bertanggungjawab serta berhemah di mata bakal pembeli mahupun pelanggan..Jangan hanya memikirkan KEUNTUNGAN semata-mata tanpa menerapkan sikap AMANAH dalam urusan jual beli. #CaringMinistry #TipsPeniaga #BerniagaDapatUntungDapat #PeniagaBerhemah

3 days ago

Buat warga Perlis, jadikan harga di bawah sebagai panduan kepada anda. Dapatkan harga istimewa bagi TIGA (3) barang keperluan harian mengikut pasar raya terpilih. Bukan ini sahaja, banyak lagi panduan harga barangan apabila anda gunakan aplikasi Paparan Harga dari kami. Muat turun sekarang! #CaringMinistry #PenggunaBijak

3 days ago

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan ,’aku bertanya kepada Rasulullah SAW amalan apa yang paling utama .Baginda menjawab ‘solat yang didirikan tepat pada waktunya.’aku bertanya lagi,’lagi…amalan apa? Baginda menjawab’berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi,’lagi amalan apa?Baginda menjawab lagi,’berjihad di jalan Allah’’ -HR Bukhari dan Muslim- #CaringMinistry #InfoSolat #Putrajaya #KualaLumpur

3 days ago

"Nak masak ape harini ye?...nak masak pun kenalah rancang perbelanjaan barang dapur..betul tak?..haa ape lagi , Jom guna aplikasi mudah hanya di hujung jari anda!!..Dapatkan senarai paparan harga bagi 446 jenis barangan harian yang dapat membantu anda membuat pilihan harga yang munasabah dan dalam bajet poket anda!" Menerusi Aplikasi ini, pengguna dapat membuat PERBANDINGAN HARGA berdasarkan lokasi kedai atau pasaraya yang memberi nilai yang terbaik serta keselesaan sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli barangan keperluan harian. Muatturun Sekarang! #CaringMinistry #PenggunaBijak #BijakBerbelanja #KetahuiHakAnda #PaparanHarga

6 days ago

Batu Kurau, 16 September 2017-  Menteri KPDNKK, Dato' Seri Hamzah Zainudin, hadir merasmikan Program Fiesta Larut 2017 di sini, hari ini. Pelbagai acara menarik diadakan sempena perasmian ini. Antaranya ialah cabutan bertuah bagi memenangi Perodua Axia, motosikal Kriss dan pelbagai barangan elektrik serta persembahan nyanyian artis-artis tanah air seperti Ramli Sarip, Awie,Elly Mazlein, Aiman Tino, Farawahida, Faradhya dan ramai lagi.

a week ago

Batu Kurau, 16 September 2017-YB Dato' Seri Hamzah Zainudin, Menteri KPDNKK meluangkan masa melawat booth-booth pameran dan gerai-gerai jualan yang dibuka oleh agensi dan usahawan-usahawan tempatan sempena Fiesta Larut 2017, siang tadi bagi melihat sendiri produk-produk yang diketengahkan kepada warga Larut. #CaringMinistry #FiestaLarut2017